Iklan

Khamis, 31 Oktober 2013

Coklat Imtiyaz Gold Sirah

MENGOPTIMUM DAN MEMPERKASA OTAK MELALUI MAKANAN
 

Rahsia untuk mengekalkan kesihatan MINDA dan TUBUH BADAN kita ialah dengan sentiasa menggunakannya dengan cara pemakanan yang betul, terutama apabila kita semakin berumur. Seluruh badan, otak dan sistem saraf terdiri dari molekul makanan dan kerana itu pemilihan makanan mempunyai kesan yang besar terhadap fungsi otak. Pada masa ini badan kita kerap mengalami gangguan akibat pencemaran, ketagihan makanan, dadah, kimia dan alkohol yang memberi kesan kepada minda dan badan kita.

Kekurangan gula dalam darah menyebabkan fungsi memori dan otak menjadi perlahan. Untuk mengawal kandungan gula dalam badan ialah dengan pemakanan yang seimbang dan snek berkhasiat semasa bersarapan dan semasa rehat pagi dan petang. Orang yang mempunyai alahan terhadap makanan tertentu perlu berhati-hati dan kita perlu ingat bahawa makanan sama pentingnya dengan ubat dan makanan yang seimbang berupaya membantu mengekalkan kesihatan.

Untuk menjadikan otak terus sihat, nutrien yg seimbang iaitu protein, lemak, karbohidrat, asid amino, vitamin, galian, udara, air dan cahaya adalah diperlukan. Vitamin, galian, asid amino dan lemak daripada makanan berfungsi secara sinergis dalam badan untuk menjadikan kita sihat dan bertenaga. Makanan yang seimbang dgn kadar yang betul dapat melindungi dan mengekalkan fungsi otak kita dan amalan ini adalah lebih baik dari mengambil pil vitamin semata-mata. Badan kita mengandungi 63% air, 22% protein, 13% lemak dan 2% vitamin dan galian. Oleh itu untuk mendapatkan kesihatan yg optimum kita perlu menyeimbangkan jenis makanan dari jenis karbohidrat, protein dan lemak.
 

Coklat Imtiyaz Gold Sirah dengan gabungan kismis,koko, madu, susu kuda, pegaga dan soya membantu minda dan tubuh badan menjadi lebih sihat, cerdas dan cergas. Coklat Imtiyaz mengandungi campuran pemakanan seimbang yang sesuai dengan diet makanan kita.
 

Kebaikannya :

1.MENCERDASKAN MINDA
2.MENSTABILKAN EMOSI
3.MENGUATKAN DAYA INGATAN
4.MENINGKATKAN MEMORI DAN HAFALAN
5.MENAMBAHKAN TENAGA FIZIKAL DAN MENTAL
6.MEWUJUDKAN KETENANGAN FIKIRAN
7.MENAMBAHKAN DAYA KREATIVITI DAN INNOVASI
8.MENINGKATKAN KEYAKINAN DIRI DAN TIDAK MUDAH BERPUTUS ASA
9.MENGURANGKAN STRESS,FOBIA DAN MURUNG


Cara Makan :

1 botol COKLAT IMTIYAZ GOLD ada 60 biji. Hanya kemam dan hisap sehingga cair di mulut sekurang-kurangnya 2-5 biji sebelum sarapan setiap hari. Sesuai untuk anak-anak kecil, kanak-kanak sekolah dan orang dewasa juga. Apabila mengamalkan coklat ini, kurangkan atau hindarkan minum air bergas atau berkafein untuk keberkesanan yang nyata lebih baik.

Coklat Imtiyaz Gold Sirah, makanan berkhasiat dan pilihan terbaik untuk minda. Kita berusaha, Allah jua yang menentukan.

Harga Sekotak :

RM45 (Semenanjung)
RM49 (Sabah dan Sarawak)
Harga termasuk kos pos

Cara Pesanan :

SMS/Whatsapp : 0133510426
Pm di fb : Azhana AMutalib

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Nota buat pengunjung :

#Jom belajar membuat asas membuat blog dan fanpage seperti saya. Jika berminat

  sila email ke azhana.am@gmail.com/ whatsapp/ sms 0133510426.
#Iklankan produk atau kedai anda di www.sohodirectory.blogspot.com
#Berminat menjadi dropship Miracle Refreshing Spray atau membuat tempahan,
  boleh lawat fb Miracle4U dan pm di sini
  https://www.facebook.com/pages/Miracle4U/1267307066741971
#Berminat dengan produk pemakanan sunnah, boleh lawat
 di fb Sihat Dengan Makanan Sunnah dan pm di sini
 https://www.facebook.com/sihatmelaluimakanansunnah

Ahad, 27 Oktober 2013

Beli Ikan Murah di Pasar Pasir Penambang

Anak bujang sulung saya merupakan anak kedua dari 5 adik-beradik. Berbeza dari adik-beradik yang lain, Faiz merupakan seorang yang agak pendiam di rumah. Dia hanya bercakap perkara yang penting sahaja. Sesekali bila kakaknya pulang barulah ada perkara-perkara disembangkan. Apabila hendak membeli barang atau berbincang hal persekolahan, Faiz lebih suka berbincang dengan mamanya dari ayahnya. Anak bujang saya dah jadi anak teruna, ketinggiannya dah lebih dari ayahnya dan bakal dinobatkan sebagai yang paling tinggi dalam keluarga kami. Rutin saya ialah mengambilnya pulang selang 2 minggu sekali. Tetapi baru seminggu tiba-tiba Faiz menelefon memaklumkan dia ditimpa musibah kehilangan wang dan terpaksa meminjam wang dari Bendahari Asrama. Mahu tak mahu terpaksalah saya menziarahinya walaupun sepatutnya ada seminggu lagi. Inilah pertama kali dia kehilangan wang sejak tinggal di asrama.
 
 Faiz di Paris
Oh...saya sebenarnya ingin menceritakan tentang pasar di Pasir Penambang. Anak saya Faiz bersekolah di kawasan Pasir Penambang, Kuala Selangor. Biasanya 2 minggu sekali saya akan `memborong' membeli lauk-pauk untuk stok 2 minggu kerana bahan makanan basah seperti ikan dan makanan laut lain lebih mahal di Shah Alam dan di Kota Damansara. Tambahan pula ikan di sini terdapat bermacam-macam jenis, udang juga bermacam-macam saiz dan udang laut lebih manis dan enak dimasak. Ada sotong, ketam, kepah, lala dan sebagainya. Semuanya segar dari laut.

Biasanya kami membawa bekas polisterin besar untuk meletakkan bahan makanan basah tersebut. Jangan risau kalau tak bawa, ada banyak dijual di situ. Kadangkala ketika membeli kami berjumpa kawan-kawan yang datang dari Rawang, Ampang dan tempat-tempat lain. Malah ada juga yang beli nak bawa balik ke Singapura, mungkin kebetulan mereka melawat keluarganya di Kuala Selangor. Mereka datang semata-mata untuk mendapatkan bahan makanan segar dan harganya amat munasabah, memang murah dari kawasan Bandar. Inilah yang saya beli untuk minggu ini. Memang berbaloi dari segi harganya. Saya tak berani untuk membeli banyak kerana minggu hadapan akan berkunjung lagi untuk bawa Faiz pulang bercuti.
 
 
 
 
Nampak segarkan!
Petikan dari www.kuala-selangor.com tentang pasar ini.
 
`Pasar Pasir Penambang Kuala Selangor (Pasir Penambang Market) is the main market of selling fresh catch fish (or fresh seafood) in Kuala Selangor. Pasar Pasir Penambang Kuala Selangor is located at Jalan Feri Lama. You able to purchase various types of fresh catch fish (fresh catch seafood) from Kuala Selangor Fishing Village. All the fresh catch fishes (fresh catch seafood) here is direct from the fishing boat of Kuala Selangor. The fresh seafood selling in this market is less than 6 hours after the seafood catch from the ocean, the freshness is very high. A lot of the people from Kuala Lumpur and Klang Valley is coming to Kuala Selangor every weekend with the purpose of buying fresh fish or fresh seafood. The best time to go to buy the fresh fish after 2.00 pm. The fishing boat just come from the ocean after their catching activities the Strait of Malacca (Selat Melaka)'

 
Betul tu, memang segar makanan lautnya. Semasa membeli-belah tu jangan lupa diri pula sebab kadang-kadang terlebih beli semata-mata tertawan dengan kesegarannya sedangkan kat rumah bukan ramaipun nak makan.
 
Jangan lupa sayur-sayurannya juga murah. Saya suka kerana ada banyak ulaman kampung yang segar dan murah tetapi kedai sayuran tidak sebanyak kedai ikan.

Usai membeli, kami mencari kudapan untuk minum petang. Di sebelah kiri pasar ada banyak gerai menjual makanan dan minuman. Gerai pertama yang menjual laksa kami tuju. Makcik laksapun dah sedia menanti. Makcik ini berasal dari Perlis tetapi telah menetap lama di Kuala Selangor. Laksanya begitu ummpph! Laksa makcik ni mula dijual selepas Zohor dan pada hari Sabtu dan Ahad sahaja. Depan gerai ini ada pulut panggang (pun sedap sangat), ada juga karipap, goreng pisang dan keropok lekor. Semuanya laku dibeli orang dari pelbagai bangsa. Gerai makcik hanyak menyediakan air cendol dan ABC sahaja. Kalau nak minuman panas, sejuk dan kelapa muda ada dijual di gerai sebelah. Mmm..mee jawa di gerai sebelahpun sedap juga. Lupa pula nak upload gambar semasa bertandang dulu.
Nilah rupa laksa utaranya. Best!
Minta maaf saya tak teringat nak mengambil gambar gerai makanan di sekitar pasar ni. Selain pasar ini sebagai daya tarikan di Kuala Selangor, ada banyak tempat lain lagi seperti Kelip-Kelip, Bkt Melawati dan sebagainya. Layarilah www.kuala-selangor.com untuk maklumat lanjut ya.


Nota buat pengunjung :

#Jom belajar membuat asas membuat blog dan fanpage seperti saya. Jika berminat sila email ke azhana.am@gmail.com/ whatsapp/sms 0133510426
#Iklankan produk atau kedai anda di www.sohodirectory.blogspot.com
#Berminat menjadi dropship Miracle Refreshing Spray atau membuat tempahan, boleh lawat fb Miracle4U dan pm di sini https://www.facebook.com/pages/Miracle4U/1267307066741971
#Berminat dengan produk pemakanan sunnah, boleh lawat http://azhanaam.blogspot.com/search/label/Makanan%20Sunnah atau di fb Sihat Dengan Makanan Sunnah dan pm di sini https://www.facebook.com/sihatmelaluimakanansunnah
 

Sabtu, 26 Oktober 2013

Resepi Mudah Sambal 3 Dalam 1

Saya banyak berkongsi resepi sambal kerana keluarga kami sukakan masakan yang pedas-pedas. Kalau tak ada satu menu pedas dalam sehari tu rasa tak lengkap je pemakanan kami. Tapi ada juga seorang anak keempat saya kurang suka memakan makanan pedas.

Hari ini saya akan kongsikan pula resepi mudah sambal 3 dalam 1. Kenapa pula 3 dalam 1? Sebab ada 3 bahan utama dalam satu jenis sambal. Bahan-bahan tersebut ialah kentang, ikan bilis dan tempe. Macam biasa trademark masakan saya ialah resepi tu mudah disediakan. Terpulanglah kepada para suri nak kentang atau ikan bilis atau tempe yang banyak. Anak ketiga saya suka sambal kentang dan anak kelima saya suka sambal ikan bilis jadi sambal ini kiranya gabungan semua bahan tersebut. Cuma yang lecehnya bila nak makan mereka akan terkuis-kuis nak cari kentang dan sorang lagi nak cari ikan bilis. Macam-macamkan ragam budak-budak ni. Mujurlah anak-anak yang lain makan aje apa yang dihidang.

Bahan-Bahannya :


Bawang merah kecil (6 ulas)
Bawang putih (4 ulas)
Sedikit ikan bilis
2 biji kentang dihiris (nak tebal atau nipis terpulang)

Tempe dipotong nipis (saya guna 2 keping)
Cili mesin (5 sudu besar)
Garam, gula, perasa (jika perlu)
Minyak untuk menumis


Cara Membuatnya :
Goreng dulu tempe, ikan bilis dan kentang sehingga garing, sudah masak diangkat dan ketepikan.
 
Bawang-bawang tersebut ditumbuk/dikisar dan setelah minyak panas ditumis sehingga naik bau. Setelah masak dimasukkan cili mesin dan tumiskan lagi sehingga cili tersebut pecah minyak. Saya biasanya menumis cili ini lama sedikit sehingga warnanya bertukar gelap sedikit (janganlah hangus pula) supaya sambalnya tahan lama dan lebih sedap. Apabila cili masak, letakkan garam dan gula mengikut citarasa anda.
 
Untuk kekalkan tempe, kentang dan ikan bilis garing, boleh matikan api dan biarkan sejuk sebentar sebelum digaulkan semua bahan yang digoreng. Tetapi boleh juga selepas sambal tersebut masak terus masukkan tempe, kentang dan ikan bilik dan digaulkan sehingga rata macam dalam gambar.
 
Mmm..dah siap pun. Harini menu saya sambal 3 dalam 1 dengan sup ikan merah. Sambal ini sesuai dimakan dengan sup, kari, gulai dan sebagainya.
Mudah bukan! Harap para suri di rumah dapat mencubanya. Resepi ini menjimatkan masa, bahan-bahannya senang didapati,  masakannya mudah disediakan dan sesuai untuk seisi keluarga. Selamat Menjamu Selera!
#Jom belajar membuat asas membuat blog dan fanpage seperti saya. Jika berminat sila email ke azhana.am@gmail.com/ whatsapp/sms 0133510426
#Iklankan produk atau kedai anda di www.sohodirectory.blogspot.com
#Berminat menjadi dropship Miracle Refreshing Spray atau membuat tempahan, boleh lawat fb Miracle4U dan pm di sini https://www.facebook.com/pages/Miracle4U/1267307066741971
#Berminat dengan produk pemakanan sunnah, boleh lawat http://azhanaam.blogspot.com/search/label/Makanan%20Sunnah atau di fb Sihat Dengan Makanan Sunnah dan pm di sini https://www.facebook.com/sihatmelaluimakanansunnah
 

Jumaat, 25 Oktober 2013

Minat Menjadi Dropshipper Miracle?

Apa itu konsep dropship?
 
Konsep dropship itu bermaksud berniaga tanpa modal. Mereka yang menjadi agen dropship menjadi agen marketing bagi sesuatu produk. Mereka ini dinamakan dropshipper.
 
Biasanya mereka yang ingin membuat dropship masih bekerja atau menjadi dropshipper untuk banyak produk. Dropshipper hanya membuat pemasaran manakala pembayaran dan penghantaran adalah oleh agen produk itu sendiri. Dropshipper hanya mendapat komisyen sahaja.


 
Produk Miracle Refreshing tu produk apa dan apa kebaikannya?

Produk Miracle Refreshing yang baru dikeluarkan ialah Miracle Refreshing Spray (MRS). Ia baru 4 bulan di pasaran. Kandungan produk ini ialah minyak kelapa dara (VCO) yang telah dirumus dan diperkayakan, ditambah ramuannya dengan essential oil dan mint oil.

Produk ini mempunyai 3 jenis haruman iaitu elegant (lembut), sweet (manis) dan lovely (rose).  Ia merupakan penyelesaian terbaik untuk wanita dan lelaki yang mempunyai masalah kulit kepala, keguguran rambut, kelemumur, pening, stress dan migrain. Selain itu ia membantu anak-anak dari kembong, mengurangkan selsema dan asma malah bertindak menyegarkan diri dengan haruman dan campuran mint di dalamnya. Pendek kata ia memang `miracle' kerana membantu menyelesaikan sebahagian dari masalah-masalah yang dihadapi.

Ada 4 jenis isian untuk pilihan pelanggan iaitu 10ml, 20ml, 30ml dan 60ml.

Antara Kebaikan Miracle Refreshing Spray (MRS)

1. Membantu mengurangkan keguguran rambut

2. Merawat kulat di kulit kepala yang menyebabkan kegatalan
3. Merawat sakit kepala dan migrain
4. Memberi keselesaan untuk wanita bertudung

5. Mengawal rambut daripada berbuah
6. Mencegah rambut daripada bercabang
7. Memberikan kesegaran dan rasa 'cool' terutama ketika berpeluh
8. Memberi aroma harum yang segar.


Bagaimana caranya nak menjadi dropshipper MRS?


Senang sahaja. Kalau anda berminat nak menjadi dropshipper untuk produk Miracle Refreshing cuma Sms/Whatsapp saya 0133510426 atau email azhana.am@gmail.com atau email miracleworksnetwork@gmail.com

Berapa komisyennya?

Keterangan jenis isian dan komisyen :


(i) Trial pack 10ml - RM9.90 komisyen RM2.00
(ii) Travel kit 20ml - RM24.90 komisyen RM2.50
(iii) Medium size 30ml - RM39.90 komisyen RM5.00
(iv) Large size 60ml - RM79.90 komisyen RM10.00


Menurut pengasasnya/ CEO Miracle Muslimah, Pn. Nur Hidayah, insyaallah pada masa akan datang ada beberapa produk lagi yang dapat membantu orang ramai di bawah jenama Miracle Refreshing.


#Jom belajar membuat asas membuat blog dan fanpage seperti saya. Jika berminat sila email ke azhana.am@gmail.com/ whatsapp/sms 0133510426
#Iklankan produk atau kedai anda di www.sohodirectory.blogspot.com
#Berminat menjadi dropship Miracle Refreshing Spray atau membuat tempahan, boleh lawat fb Miracle4U dan pm di sini https://www.facebook.com/pages/Miracle4U/1267307066741971

#Berminat dengan produk pemakanan sunnah, boleh lawat http://azhanaam.blogspot.com/search/label/Makanan%20Sunnah atau di fb Sihat Dengan Makanan Sunnah dan pm di sini https://www.facebook.com/sihatmelaluimakanansunnah
 
 

Khamis, 24 Oktober 2013

8 Tips Bahagia Dalam Perkahwinan

Semua orang yang berkahwin mahu kebahagiaan dalam rumahtangga yang dibina. Ada 8 tips berkesan yang boleh para suri praktikkan untuk terus memupuk kebahagiaan dalam perkahwinan.
 
Tips 1 - Komunikasi 2 hala
Biasakan diri untuk saling berkomunikasi bersama pasangan, baik ketika berada di rumah atau ketika bekerja atau ketika sedang berjauhan. Jika ada masalah, sebaiknya dibincangkan ketika anda atau pasangan sedang santai. Kajian menunjukkan faktor komunikasi juga menyumbang kepada faktor penceraian. Ketidakharmonian rumahtangga biasanya bermula dari kurang komunikasi dua arah antara suami dan isteri. Masing-masing saling menyimpan masalah seolah-olah bersendirian meskipun berada di bawah satu bumbung.
 
Tips 2 - Keterbukaan tentang masalah seks
Masalah seks ternyata antara penyebab utama berlakunya penceraian. Mungkin ramai yang lupa bahawa fungsi hubungan seksual selain untuk mendapatkan zuriat keturunan, ia juga untuk rekreasi atau ekspresi cinta atau meredakan tekanan. Pasangan perlu mempunyai komunikasi terbuka untuk membincangkan isu seksual agar kedua pihak tidak bosan dan tertekan. Keadaan sudah berbeza dari dulu yang menanggap isu seksual sebagai tidak penting. Ia juga antara elemen penentu kebahagiaan rumahtangga. 
 
Tips 3 - Menerima pasangan seadanya
Ketika seorang lelaki dan wanita berumahtangga dan hidup sebumbung bersama, maka sifat sebenar masing-masing akan terserlah. Sikap itu kadangkala berbeza sewaktu awal perkenalan atau dalam percintaan. Dalam alam perkahwinan barulah proses pengenalan, pembelajaran mengenai perbezaan masing-masing dan penyesuaian diri dengan pasangan berlaku. Inilah kehidupan perkahwinan yang sebenar. Dalam tempoh ini kadangkala pasangan akan berhadapan dengan konflik disebabkan perbezaan latar belakang, keperibadian, persepsi, pengetahuan dan sebagainya. Perbezaan ini boleh diatasi sekiranya pasangan saling berusaha memahami diri masing-masing, saling toleransi, menerima pasangan seadanya dan cuba mempertingkatkan diri masing-masing.
 
Tips 4 - Jangan biasakan berbohong
Pasangan suka berbohong dengan alasan kebaikan seperti tidak mahu pasangan banyak bertanya dan menanggap bukan-bukan apabila memberitahu perkara sebenar. Apabila berbohong menjadi kebiasaan dan berlanjutan maka sikap ini menjadi biasa dalam diri pasangan dan akan timbul masalah di kemudian hari. Sebaiknya ceritakan dan beritahu perkara sebenar dari awal pada pasangan tentang urusan kerja dan peribadi anda supaya pasangan memahami.
 
Tips 5 - Jangan cemburu berlebihan
Memang banyak faktor perselisihan suami isterri disebabkan perasaan cemburu tidak bertempat. Lazimnya ia bermula dari salah tafsir dan sikap pasangan yang terlalu terbuka. Hati-hati ya, boleh cemburu tetapi biar berpada-pada.
 
Tips 6 - Hindari kecurangan
Kecurangan berlaku dengan pelbagai sebab seperti kesepian, tiada kepuasan dengan pasangan dan juga godaan dari pihak luar. Pasangan hendaklah bersikap terbuka dalam melayani permasalahan pasangan dan tidak tunduk kepada anasir-anasir luar yang cuba merosakkan rumahtangga yang dibina.
 
Tips 7 - Bajai Kemesraan Hubungan
Pasangan suami isteri hendaklah sentiasa mencari masa untuk membajai kemesraan dalam perhubungan mereka. Pasangan hendaklah kreatif menjadikan hubungan sentiasa ceria dan bahagia. Cuba ambil masa untuk merancang percutian, meluangkan masa pergi membeli-belah bersama, membuat aktiviti pembersihan di rumah dengan keluarga dan sebagainya.
 
Tips 8 - Berdoa kepada Allah swt
Dalam melayari bahtera rumahtangga, tidak terlepas dari sedikit sebanyak ombak yang melanda. Pasangan hendaklah mendekatkan diri dan sentiasa berdoa kepada Allah swt agar kerukunan rumahtangga kekal hingga ke akhirat kelak.

Kepada para suri cubalah kita saling mempraktikkan 8 tips ini. Mudah-mudahan rumahtangga yang kita dibina bertambah ceria dan bahagia dan kekal hingga ke Jannah.
 
#Jom belajar membuat asas membuat blog dan fanpage seperti saya. Jika berminat sila email ke azhana.am@gmail.com/ whatsapp/sms 0133510426
#Iklankan produk atau kedai anda di www.sohodirectory.blogspot.com
#Berminat menjadi dropship Miracle Refreshing Spray atau membuat tempahan, boleh lawat fb Miracle4U dan pm di sini https://www.facebook.com/pages/Miracle4U/1267307066741971
#Berminat dengan produk pemakanan sunnah, boleh lawat http://azhanaam.blogspot.com/search/label/Makanan%20Sunnah atau di fb Sihat Dengan Makanan Sunnah dan pm di sini https://www.facebook.com/sihatmelaluimakanansunnah

Rabu, 23 Oktober 2013

Pesona London Di Hati Kami (Bhgn 2)

Pada musim sejuk, pakaian yang dipakai bukanlah sahaja baju sejuk yang besar. Kami memakai long john (pakaian nipis dari kain kapas yang menyerap haba) terlebih dahulu, selepas itu sweater biasa barulah baju sejuk yang tebal. Jangan lupa memakai stoking kain kapas sebab kalau stoking biasa masih terasa gigitan sejuk tersebut. Sarung tangan juga perlu dipakai. Waktu malam biasanya mencapai suhu negatif, jika keluar jangan lupa sarung kepala dan tutup sehingga telinga. Pakailah juga mafla untuk memastikan suhu badan kita terkawal. Kadangkala bila balik ke bilik letih betul membuka helaian-helaian baju tersebut. Namun memakai banyak lapisan memang membantu  mengatasi kesejukan bagi kita yang tidak biasa dengan cuaca sejuk di sini. Kami sekeluarga membawa satu beg besar khusus membawa pakaian sejuk sahaja. Disebabkan cuaca sejuk, kita akan jarang berpeluh dan pakaian boleh digunakan beberapa kali kerana tidak kotor.
 
Destinasi hari ini sebenarnya ialah ber`shopping' di sepanjang Oxford Street. Tapi kami sampai awal dalam 9.30 pagi, kedai-kedai untuk shopping banyak belum buka jadi kami tukar perancangan menuju ke Madame Tussauds. Dari Oxford Street kami berjalan kaki menggunakan google map, hampir setengah jam juga. Saya rasa seronok menggunakan aplikasi ini. Bagi yang tiada peta, gunakan google map kerana ia tepat dengan jalan-jalan di kota London, tidak seperti di Paris google map kurang membantu. Pastikan  juga kad telefon yang dibeli menyokong penggunaan internet.
Paling menarik dan mengujakan untuk anak-anak ialah berkunjung ke Madame Tussauds. Kami yang dewasa juga rasa seronok melihat patung-patung lilin yang nampak seperti asli. Tapi hati-hati kadang kala memang ada orang betul yang menyamar jadi patung. Tetapi ini semua salah satu bahan ketawa di dalam dewan ini. Ada juga badut yang membuatkan kami tak gering gusi ketika menanti giliran masuk. Tiket masuk memang agak mahal, semak dahulu awal-awal di internet agar kita membawa wang secukupnya.
Kami sekeluarga bergambar dengan Presiden Amerika Syarikat, Mr Obama. Tengah posing tiba-tiba perasan tak cukup seorang. Rupa-rupanya anak sulung saya hilang mengikut atuk dan pakciknya. Nampaknya sepanjang dalam dewan ni gambar kami memang tak cukup korum. Ada macam-macam patung lilin, ada pemimpin besar negara di dunia, ahli-ahli sukan terkenal, ikon superheroes seperti incredible hulk, wonder women, spiderman dan lain-lain. Ada juga artis-artis lama seperti kumpulan Beatles, Marilyn Monroe, artis Bollywood dan ramai lagi. Jom layan gambar-gambar amatur ni.
 
  
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Selesai di Madame Tussauds, ada banyak kedai di sepanjang jalan. Harganya agak murah dan munasabah seperti keychain, fridge magnet, pouch bag, small handbag. Kami singgah juga beli sedikit sebagai kenang-kenangan dan buah tangan mereka di Malaysia. Kalau pergi ke London jangan lepaskan peluang ke sini. Taklah bosan anak-anak apabila orang-orang dewasa sibuk `shopping'. Tetapi kalau anda datang ke London untuk membeli-belah saya nasihatkan tak perlu bawa anak-anak. Tak boleh fokus membeli macam saya :D.

                                                Bergambar dengan patung detektif Sherlock Holmes
Entri akan datang akan saya ceritakan tempat-tempat `shopping' di Bicester Village dan di Harrods. 2 tempat ini antara tempat kemestian bagi mereka yang berkunjung ke London. Mmm...harga agak berpatutan, kalau ada rezeki ada jualan murah dan jualan bagi yang berjenama amat berbaloi dibeli jika dibandingkan di tempat kita. Ok sampai jumpa lagi, selamat membaca!
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...