Iklan

Selasa, 18 Mac 2014

Beg dan aksesori CATH KIDSTON kembali lagi !!

Assalamualaikum pembaca-pembaca yang disayangi semuanya!

Mmm...sejak akhir-akhir ini ramai yang sms dan wassup saya tentang beg-beg dan aksesori jenama yang diminati ramai, Cathkidston ni. Oleh yang demikian saya ada 2 pengumuman untuk dibuat. Pertamanya saya ingin memaklumkan bahawa stok beg Cath Kidston saya telahpun habis dijual. Berita kedua ini mesti semua suka. Insyaallah, stok-stok baru akan berada di blog ini seawal bulan Jun atau selewat-lewatnya bulan Disember tahun ini. Tetapi macam biasalah tidak banyak stok yang akan dibeli kerana blog ini bukanlah sepenuhnya pusat jualan jenama Cathkidston, jualan dibuat kerana hobi dan ingin berkongsi dengan teman-teman yang sama-sama meminati jenama ini. Kali ini juga beg-beg adalah original sepenuhnya yang dibeli dari London. 

Kepada mereka yang benar-benar meminati jenama ini, simpanlah duit dari sekarang ye! Jangan lupa ambil kira matawang London iaitu pound. Harapnya dapat membeli sewaktu jualan murah. Saya akan cuba dapatkan yang terbaik dari ladang, hehe... Oh! Sebelum saya terlupa, saya juga ingin membuat sedikit survey kepada semua peminat jenama ini tentang jenis beg atau aksesori mana yang diminati. Mereka bolehlah memberi komen dan cadangan di bawah beserta gambar kalau ada. 

Di sini saya paparkan beberapa jenis beg dan aksesori yang saya akan beli kelak. Jom-jom kita cuci mata. Gambar pertama ni memang beg tangan CK yang diminati ramai. Sayapun ada satu koleksi. Pada tahun lepas, sempat saya belikan untuk beberapa orang kawan dan ibu yang memesan. Melihatkan pada sambutan ramai teman-teman, insyaallah beg ini dah termasuk dalam senarai pembelian saya. Mungkin saya akan membeli beberapa corak untuk pilihan anda semua.


Gambar kedua ini ialah CK box bag. Tetapi dalam gambar ini adalah box bag yang sedang sahaja sebab CK ada box bag yang lebih besar. Beg ini kegunaannya untuk pergi berkelah atau ingin berjalan-jalan atau balik ke kampung. Ia berbentuk seperti kotak tetapi tidak keras malah boleh dilipat dan disimpan jika tidak digunakan. Rasa-rasanya anda minat tak dengan beg begini. Namun saya sempat juga beli satu untuk kegunaan sendiri.

Beg kotak
Gambar ketiga ini ialah beg tote. Ia kecil dan comel. Sesekali jika anda bawa untuk keluar minum petang atau minum malam, akan nampak bergaya dan comel. Tetapi beg ini tiada zip bertutup penuh. Namun ia sangat selesa dan mudah dibawa berjalan. Ada satu beg tote yang tinggi sedikit. Saya tidak sempat mencari gambarnya. Ia boleh dibawa ke pejabat untuk membawa telekung atau membawa buku-buku nota atau bekal dan sebagainya.

Beg tote ni comel dan kecil je
Gambar keempat ini ialah beg kosmetik. Ruangannya cukup luas dan nboleh memasukkan banyak barang kepunyaan wanita. Saya amat-amat berpuashati menggunakan beg ini kerana beg kosmetik saya sebelum inni agak kecil dan ruangannya sempit. Adakah anda berminat dengannya?

Besar juga ruangan dalam beg ni..macam-macam boleh dimasukkan
Gambar kelima ialah keychain. Ini adalah contoh aksesori Cath Kidston. Ada juga keyholder, card holder dan sebagainya. Sebagai orang yang amat meminat jenama CK ini, saya turut menambah koleksi dengan aksesori keychain, cardholder dan apron
  
Comelkan keychain CK
Membeli barangan CK ibarat satu kepuasan bagi saya dan membuat hati saya gembira. Lain orang lain caranya. Bagi saya ia merupakan rutin yang menenangkan jiwa. Haha....benar, memang saya suka melihat corak dan rekaannya dan sekaligus menjadikan saya ceria selalu.

Ok harap terhibur dengan paparan gambar-gambar tersebut. Untuk peminat CK, nantikan kemunculannya nanti.

Khamis, 13 Mac 2014

Yong Tau Fo Pulau Gadong, Melaka

Assalamualaikum...apa khabar semua? Sejak misteri kehilangan pesawat MH370, saya juga kehilangan mood untuk menulis. Hati sayu dan sentiasa berdoa agar kehilangan tersebut segera dijumpai. Sambil belek-belek gambar dalam galeri telefon terpandang gambar makanan ni. Nampak sedap pula. Macam nak pergi makan kat sini.

Inilah restoran yong tau fo yang terkenal kat Melaka. Sesekali pergi makan sup yong tau fo ni memang sedap. Supnya panas-panas tambah dengan sos pencicah yang pedas, perghh...memang terbaiklah.


Di atas ni gambar tempat memilih yong tau fo yang anda suka, Segala jenis sayuran, ketam, ikan, sotong, udang yang telah dijadikan dalam bentuk bebola ada di sini. Anda tinggal pilih je. Cendawanpun banyak jenis. Banyakkan sayuran dalam menu anda ya! Ia baik untuk kesihatan. Dah pilih, serahkan mangkuk-mangkuk anda kepada mereka yang menanti di situ. Kemudian boleh minta nak bee hoon, mee atau kue tiaw untuk dimasukkan dalam sup nanti. Kalau tak nakpun boleh.


Ini kaunter cashier

Apabila sudah siap mereka akan hantar ke meja anda. Di bawah mangkuk tersebut biasanya akan diletakkan kertas bertulis harga makanan. Bila dah sudah makan, nak bayar nanti jangan lupa ambil kertas tersebut. Kalau tak silap saya restoran ini dibuka pada waktu petang hinggalah malam. Restoran ini dua tingkat. Biasanya saya berkunjung ke sini pukul 6 petang atau selepas Maghrib. Tapi mulai jam 8 malam memang orang ramai bersilihganti masuk ke restoran ini.

Inilah rupanya yong tau fo di Melaka. Semua bahan-bahan yang anda pilih dimasukkan ke dalam sup. Kalau bungkus, mereka akan asingkan bahan-bahan ni dari segala mee dan sup. Sedap sungguh dan menepati citarasa saya. Sesuai juga untuk mereka yang kurang sihat dan tiada selera makan. Cubalah ya! Sekali merasa mesti anda akan datang lagi. 

Meriahnya, best!
Ni saya punya untuk round pertama

Kalau pergi makan ke restoran ini kena bawa semua ahli keluarga anda bersama. Makan ramai-ramai memang meriah. Kalau makan berdua macam tak best je rasanya! Hahaha...terpulanglah pada anda. Tapi kesedapannya memang tidak dinafikan. Jangan lupa untuk dimasukkan ke dalam senarai anda apabila melawat negeri Melaka nanti. Rugi tak pergi!

Selasa, 4 Mac 2014

Sarapan Pagi Dengan Murtabak Maggi

Pagi ni nak ubah sarapan dan bekal untuk anak-anak ke sekolah. Malam tadi terpandang menu murtabak maggi seorang rakan di muka buku. Dah terfikir-fikir nak buat untuk bekal anak-anak ke sekolah. Bosan juga, asyik menu yang sama. Dah penat masak nasi goreng, mee goreng, bee hoon goreng, nugget, sosej. Harini supermama nak masak murtabak je.

Resepinya amatlah mudah. Suri macam saya memang suka menu ringkas dan mudah. Anak-anak ramai dan cepat merengek lapar. Jadi yang mudah, ringkas dan cepat disediakan memang menjadi kegemaran saya. Di bawah ni adalah cara-cara untuk membuat murtabak maggi ini.

Cara Membuatnya :

Sebungkus maggi direndam air panas sekejap hingga sedikit kembang lalu ditoskan. Kalau dimasak ia akan terlalu kembang, jadi tak perlu hanya rendam air panas dah memadai. Ambil 2 biji telur dipukul-pukul manja, ala kadar je tak payah sampai berbuih-buih sangat. Masukkan rempah kari Maggi separuh dan kacau telur tersebut. Ada yang suka pedas boleh letak semua. Sementara itu kuali serbaguna tanpa minyak dipanaskan. Maggi yang ditoskan tadi dicampur dalam adunan telur lalu digoreng atas kuali. Buat macam goreng telur dadar. Dah masak sebelah dibalikkan untuk sebelah lagi. Kalau guna kualiserbaguna  tanpa minyak dalam 5 minit dah siap rasanya.
 Tara...dah siap, sedapnya...
Just now u see it, now u don't

Memang kalau buat murtabak maggi sebagai sarapan memang laku larislah. Ziyad tak suka bawa bekal jadi pagi-pagi dah duduk di meja bersarapan. Aisya dah tentu bawa bekal dan bersarapan. Imranpun bawa bekal ke tadika. Satu adunan sebungkus maggi memang cukup untuk 3 orang budak-budak sekolah ni. Kadang-kadang supermamapun tak sempat menjamah.

Selain boleh dibuat sebagai sarapan, murtabak maggi juga sesuai sebagai minum petang atau supper. Kalau anda rajin, tambahkan daging atau ayam cincang, hiriskan sosej nipis-nipis, hiriskan cili merah dan cincang sedikit daun bawang. Pergghh...memang marvellous rasanya! Tapi anak-anak saya tak suka daun bawang, cili dan sebagainya. Lagipun pagi-pagi supermama tak sempat nak menghiris-hiris bagai, buat yang paling cepat dan ringkas. Nanti risau anak-anak terlewat sebab driver sibuk menghias murtabak maggi. Apapun cara anda, yang penting semua suka dan bahagia.

Cubalah ya..sajian ringkas dan mudah untuk para suri di rumah. Insyaallah, anak-anak pasti suka. Lebih-lebih lagi dari air tangan ibunya. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...